balik kampung

BEKAS striker Melaka United (MU), Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak dan Kuala Lumpur Nazrin Nawi teruja buat pertama kali beraksi untuk pasukan negeri kelahirannya Kelantan musim 2020.

Baginya, selepas menyumbang pelbagai kejayaan bersama pasukan yang pernah diwakili sebelum ini dia berazam tinggi untuk mencipta kejayaan manis bersama The Red Warriors.

Malah jauh di sudut hatinya dia mahu membuktikan semua pengalaman yang dimiliki ketika gah mencipta nama dalam skuad kebangsaan, JDT dan Perak pastinya ingin diulangi kali ini.

Justeru, anak kelahiran Tumpat yang beraksi di posisi tengah dan sayap kiri itu kental fokus mahu meletakkan Kelantan kembali bersaing di Liga Super 2021.

“Saya mahu membantu skuad ini berada di landasan menarik yang pernah dikecapi penyokong setia pasukan terbabit sebelum ini.

“Dengan gabungan padu barisan pengurusan, jurulatih, pemain tempatan dan import berwibawa sudah pasti kejayaan skuad ini mampu direalisasikan,”katanya.