Bakal Tentukan Nasib Minggu Ini

FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilaporkan bakal mengumumkan nasib dan hala tuju Liga Malaysia 2020 dalam minggu ini, setelah lebih sebulan liga ditunda akibat penul@ran wa bak COVID-19.

Menurut laporan Astro Arena, antara keputusan yang bakal dibuat adalah meneruskan liga tanpa penyokong.

Ini berdasarkan saranan dan panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang meminta rakyat terus menjaga penjarakan sosial dalam tempoh enam bulan ke setahun.

Satu lagi pendekatan adalah dengan memendekkan jadual saingan liga. Pembatalan liga akan jadi pilihan terakhir.

FAM dan MFL sudah pasti dalam dilema untuk membuat keputusan, kerana penangguhan liga dibuat demi keselamatan semua pihak daripada dijang kiti COVID-19, namun jika liga tidak diteruskan, pasukan-pasukan yang bertanding akan menghadapi masalah kewangan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Husin Deraman berpandangan jika liga diteruskan, Kelantan tetap berdepan kr!sis kewangan disebabkan penonton tidak dibenarkan hadir ke stadium.

“Kami berpandangan untuk dibatalkan terus saingan bola sepak musim kerana KAFA amat mengutamakan bilangan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di stadium.”

Namun pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berharap liga dapat diteruskan, dengan syarat format pertandingan perlu diubah.

“Memendekkan liga sudah tentu satu pertandingan akan diteruskan seperti Piala Malaysia. Kami berharap ia tidak dibatalkan namun keutamaan adalah kesihatan setiap pihak.”

Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman pula turut berharap liga dapat disambung semula, walaupun terpaksa menerima hakikat kesan perlawanan tanpa penonton kepada sumber pendapatan pasukan.

“Pihak Felda United perlu akur jika saingan disambung tanpa sebarang penyokong.”