Bakal Sertai Pasukan Liga Super 2020 ?

Ke manakah hala tuju Datuk Ong Kim Swee selepas sah tidak akan bersama skuad Bawah-23 tahun negara?

Sebelum ini Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kontrak jurulatih berusia 48 tahun itu tidak akan disambung selepas tamat Disember ini.

Kim Swee mulai mengendalikan skuad bawah umur pasukan negara sejak 2009, dan telah mengenalikan pasukan itu lima temasya Sukan SEA, Sukan Asia dan pelbagai pertandingan peringkat umur serantau yang lain.

Menariknya dalam artikel tersebut menyatakan Kim Swee akan menyertai skuad Tambadau selepas menamatkan kursus kejurulatihan pro yang akan dihadirinya.

Sebelum ini Sabah FA terpaksa menggantikan Jelius Ating sebagai Ketua Jurulatih selepas FAM mensyaratkan semua jurulatih pasukan Liga Super harus memiliki lesen kejurulatihan Pro.

Maybe? Just wait and see✌

Posted by Sabah Football Association on Friday, December 6, 2019

Pembantu jurulatih skuad Sukan SEA Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto turut dikatakan berada di dalam radar Sabah FA untuk membawa cabaran pasukan itu di saingan Liga Super pada musim hadapan.

Kim Swee bukanlah watak asing bagi penyokong bola sepak di Sabah. Bekas pemain kebangsaan itu pernah menyarung jersi pasukan dari Borneo itu sekitar tahun 1994 sehingga 1998 ketika masih bergelar pemain.