bakal mengisi slot pemain import Asean

Pemain pert4hanan veteran skuad keb4ngsaan Filipina yang juga b3kas pemain Kedah, Alvaro Silva meneruskan karier di saingan Thai League 1 dimana beliau meny3rtai BG Pathum United bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini disahkan oleh pihak BG Pathum sendiri menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana pasukan itu tertarik untuk menandatangani Alvaro yang sebelumnya menampilkan persembahan mantap ketika beraksi bersama Suphanburi FC pada musim 2019.

BG Pathum sendiri muncul juara saingan Thai League 2 musim ini dan pasukan itu berjaya melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan. Kehadiran pemain berusia 35 tahun itu bakal mengisi slot pemain import Asean dan beliau dilihat bakal bergandingan dengan anak kepada Fandi Ahmad iaitu Irfan Fandi di bahagian pertahanan.

sumber: vocketfc

“Saya gembira dengan penghijrahan ke BG Pathum United. Kami mempunyai skuad yang bagus dan saya tidak sabar untuk menghadapi saingan musim 2020. Saya harap dapat memberikan yang terbaik buat pasukan ini,” kata Alvaro Silva setelah menandatangani kontrak selama semusim bersama BG Pathum.