bakal mengendalikan pasukan Liga Super

Bekas jurulatih pasukan Bawah 23 tahun negara, Frank Bernhardt dilaporkan bakal mengendalikan salah sebuah pasukan yang baharu layak bersaing di Liga Super musim depan.

Menurut sebuah portal tempatan, kedua-dua belah pihak sudah mengadakan pertemuan yang dipercayai untuk mendapatkan persetujuan dan persiapan pasukan.

Selain faktor memiliki lesen kejurulatihan Pro A, Bernhardt menjadi pilihan atas dasar bahawa beliau mempunyai pengalaman luas

Sebelum ini, jurulatih yang berasal dari Jerman itu mengendalikan pasukan B-23 negara selama dua tahun namun terp4ksa mel3paskan jawatan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai presiden FAM.

Tempatnya kemudian diambil alih oleh Ong Kim Swee. Minggu lepas, FAM membuat keputusan untuk tidak meny@mbung k0ntrak Ong Kim Swee.

Agak luar biasa untuk Bernhardt kembali ke Malaysia, selepas menghadapi tungg4kan gaji RM70,000 yang melibatkan baki 10 bulan gaji daripada kontrak beliau, dan terp4ksa menunggu selama dua bulan sebelum FAM menyelesaikan tungg4kan tersebut.

Jika dikaji pasukan yang baharu layak ke Liga Super iaitu Sabah, UiTM dan PDRM, berkemungkinan besar Bernhardt akan mengendalikan sama ada UiTM dan PDRM.

UiTM paling kuat dikaitkan, namun jurulatih baharu mereka dikatakan berasal dari Sweden.