Bakal Beraksi Dalam Liga Malaysia Musim Depan?

Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto dilap0rkan berminat untuk membawa peny3rang pr0lifik Indonesia bawah 23 tahun (B-23), Osvaldo Haay bagi memperkuatkan jent3ra ser4ngan skuad Tambadau menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, mereka berhasrat membawa masuk bekas pemain import Pahang, Saddil Ramdani namun Saddil dikatakan mahu beraksi di eropah. Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan kelab eropah yang mana akan disertai oleh pemain tersebut.

Kebetulan kontrak Osvaldo bersama kelab Persebaya Surabaya telah berakhir dan Kurniawan ingin membawa pemain dari Papua itu beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2020.

“Saya dimaklumkan Saddil memilih untuk ke eropah dan saya menyokong hasratnya. Kami kekurangan pemain di posisi sayap kiri. Selain Saddil, saya ingin khidmat Osvaldo Haay.

“Tetapi belum tahu lagi kerana masih belum ada tawaran rasmi daripada pihak pengurusan,” katanya.

Osvaldo merupakan penjaring terbanyak acara bola sepak lelaki Sukan SEA di Filipina. Malah, beliau juga membantu Indonesia mara ke peringkat akhir dan meraih pingat Perak dalam temasya tersebut.

Sepanjang beraksi bersama Persebaya, Osvaldo telah menjaringkan 16 gol dalam 41 penampilan dalam saingan Liga Indonesia. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Liga 1 musim 2018.

Kurniawan sememangnya sudah tahu  kemampuan Osvaldo ketika berkhidmat sebagai pembantu Indra Sjafri dalam skuad Indonesia bawah 23 tahun. Kehadiran pemain itu juga bakal menghadirkan saingan yang lebih sengit dalam Liga Super pada musim 2020.