Bahrain Nyatakan Minat

Selepas Palestin, negara yang menduduki ranking FIFA ke-99 dunia Bahrain turut berminat mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia pada bulan Mac depan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

“Bahrain dan Palestin telah bersedia untuk berdepan Malaysia dalam aksi persahabatan. Sekarang terletak di tangan Cheng Hoe untuk membuat keputusan berdepan lawan yang mana,” kata Stuart kepada Stadium Astro.

“Beliau sedang meneliti kemampuan kedua-dua pasukan dan bakal membuat keputusan seawal bulan depan.”

Bahrain dan Palestin juga dilihat sebagai pihak lawan yang sesuai memandangkan Malaysia bakal bertemu UAE dan Vietnam pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia juga dilaporkan menerima tawaran daripada Palestin untuk perlawanan persahabatan di tebing barat, Gaza pada 21 Mac depan.

Sumber : football-tribe