Azraai Khor Bersuara

Bekas pengendali pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah berpendapat isu tunggakan gaji merupakan perkara biasa dalam saingan Liga Malaysia.

Azraai berkata demikian setelah bekas majikannya itu menghadapi tunggakan gaji selama tiga bulan dan beliau berpendapat penjelasan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini sudah mencukupi.

“Kalau lihat penjelasan KFA itu, kita perlu terimalah. Bukan setakat Kedah sahaja tetapi boleh dikatakan hampir semua pasukan turut berg@ntung kepada dana kerajaan negeri untuk bergerak kerana bola sepak Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dengan politik.

“Malah, dalam sejarah KFA pun saya rasa tidak pernah berhutang dalam jumlah yang besar, jadi saya yakin pengurusan ada cara untuk menyelesaikan masalah itu. Kita pun perlu faham situasi semasa yang menjadi punca masalah ini dan semua pasukan turut mengalaminya.

Assalammualaikum..Sekali lagi saya di hujani dengan persoalan berhubung pembayaran gaji pemain melalui media massa…

Posted by Asmirul Anuar Aris on Tuesday, 14 April 2020

“Apapun, KFA sudah berjanji menyelesaikan masalah ini dan saya percaya mereka boleh melakukannya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

sumber: vocketfc

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris memberi penjelasan dimana masalah yang dihadapi oleh pihaknya ialah kerana pihak penaja tidak dapat memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perniagaan para penaja terjejas teruk dan perkara ini nyata memberi kesan terhadap pembayaran gaji pemain.