Apa Nasib JDT

Pengendali Johor Darul Tazim (JDT), Benjamin Mora tidak mahu isu keberangkatan Safawi Rasid ke Portimonense S.C. menggvgat misi tiga mata berdepan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Jelas sekali kelibat Safawi amat penting untuk buat Pahang tersvngkur malam ini dan Mora menjelaskan keku@tan pasukan tertumpu kepada setiap pemain yang berada di atas padang.

“Kami menjangkakan perlawnan yang sukar, ujian yang buat kami dan saingan Liga Super telah lama tergend@la ekoran C0v!d-19. Namun kami akan cuba memberikan yang terbaik dalam perlawnan ini dan meraih tiga mata,” kata Mora.

Ditanya berkenaan kehadiran pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh, ke JDT, Mora pilih untuk kunci mulut.

“Kami masih belum mendengar sebarang berita daripada kelab. Kami menerima kehadirannya dengan tangan terbuka dan jika Sumareh tidak bersama kami, saya berharap dia akan menyertai pasukan yang berkualiti. Dia seorang pemain yang sentiasa menghadirkan anc@man buat mana-mana pasukan law@n.”

Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui tertek@n dengan keadaan Pahang yang dianggap temp@ng ketika ini.

Namun misi untuk memat@hkan hasrat JDT tetap keutamaan Tok G@jah malam ini.

“Jika diikutkan prestasi pasukan, JDT adalah pasukan yang lebih bersedia namun bola sepak apa-apa sahaja boleh berlaku. Namun saya percaya Pahang dibekalkan dengan beraksi di laman sendiri dan akan cuba berusaha untuk menghalang JDT dalam perlawnan ini,” kata Dollah.