Kemasukan 28 pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ke Selangor menc3tus pelbagai reaksi.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar baru-baru ini mendedahkan bahawa setelah melalui beberapa proses, 28 pemain memilih menerima tawaran Persatuan Bolasepak Selangor manakala enam pemain menyertai Johor Darul Takzim.
Antara faktor yang dikatakan mempengaruhi keputusan mereka adalah halatuju karier yang lebih terjamin jika menyertai Selangor.
Dalam masa yang sama pula Alhamdulillah Luqman Hakim telah menarik perhatian kelab Belgium, KV Kortrijk dan Insyaallah akan memeterai kontrak profesional pada Mac 2020 apabila beliau mencecah 18 tahun
— safirul (@SafirulAbuBakar) December 25, 2019
Semoga beliau dapat membuka pasaran utk ramai lagi bakat Malaysia pic.twitter.com/oFOwrkhuJC
Mereka dijangka mendapat peluang untuk bermain bersama pasukan Piala Presiden dan Piala Belia Selangor, selain turut berpeluang diserap ke pasukan ‘feeder team’ Selangor II dan kemudiannya skuad utama Selangor jika menunjukkan prestasi yang bagus.
Kehadiran pemain-pemain AMD ini, bagaimanapun menimbulkan persoalan mengenai kedudukan dan halatuju pemain-pemain muda sedia ada dalam kem Selangor. Apa akan terjadi kepada pemain skuad PKNS FC yang menjuarai Piala Presiden 2019 serta mara ke final Piala Belia 2019.
Apa pula nasib pemain daripada skuad Piala Presiden Selangor dan Piala Belia Selangor yang kedua-duanya layak ke suku akhir pada 2019, adakah FAS masih menyediakan peluang untuk bakat mereka terus berkembang.
Menerusi penggabungan Selangor dan PKNS FC, satu pasukan masing-masing Piala Presiden dan Piala Belia sudahpun berkubur, iaitu slot untuk 60 pemain (mengambil kira setiap pasukan boleh mendaftarkan 30 pemain) yang bermakna skuad untuk pemain B-21 dan B-19 tinggal hanya satu sahaja.
Apabila membawa masuk ramai bakat AMD (kumpulan pertama) yang semestinya diketahui berpengalaman bermain di pelbagai kejohanan luar negara, peluang kepada pemain sedia ada pastinya menjadi lebih terhad, malah boleh dikatakan tiada dan perlu keluar mencari tempat baru.
sumber: foxsports
Jumlah pemain yang diambil dari AMD pula pastinya akan bertambah dari tahun ke tahun.
Dengan mengutamakan bakat daripada AMD, adakah Selangor sedang perlahan-lahan membunuh peluang untuk bakat mereka sendiri (begitulah tanggapan ramai pemerhati dan penyokong) atau mereka sudah mempunyai pelan strategik lain agar tiada siapa yang rugi dalam hal ini?