Seakan-Akan Kehilangan Aura

Selain Pahang yang jarang sekali memberikan maklumat terkini mengenai persediaan pasukan menjelang musim baharu Liga Super 2020, Perak juga adalah sebuah lagi pasukan yang penuh rahsia.

Sehingga kini, masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status pemain-pemain baharu selain kemasukkan bekas peny3rang Kuala Lumpur musim lalu, Guilherme de Paula ke dalam pasukan.

Sejak keh!langan Brendan Gan yang memilih untuk berhijrah ke mu suh ketat, Selangor, Perak seakan-akan kehilangan aura mereka dan pra-musim juga bermula tanpa membenarkan kehadiran wartawan.

Wartawan Astro Arena, Akbar Sahari yang baru berpeluang menjenguk sesi latihan pra-musim The Bos Gaurus sempat bertemu dengan pengendali, Mehmed Durakovic untuk bertanyakan situasi pasukan.

Menurut pengendali berpengalaman itu, ianya masih di awal para-musim dan pemain dilihat sangat positif selain kemasukkan peny3rang import, Guilherme de Paula yang memiliki sentuhan t@jam.

“Setakat ini segalanya baik. Ianya masih di awal pra-musim. Tetapi apa yang saya dapat lihat ianya sangat positif dan kita memiliki ramai pemain muda yang bakal diketengahkan. Ia sangat menggembirakan.

“Mereka bagus [pemain import]. Kita ada [Guilherme] de Paula musim ini. Dia perlu diberikan perhatian pada musim ini kerana dia adalah seorang pemain yang bagus,” ujar Mehmed Durakovic.

Bercakap mengenai kehilangan pemain tengah yang juga merupakan tonggak penting musim lalu, Brendan Gan, Mehmed Durakovic dilihat tidak dapat menyembunyikan wajah kec3wanya.

“Apa boleh buat. Inilah bola sepak. Tetapi seperti yang saya katakan, kita ada beberapa pemain muda yang bagus. Ia sangat baik untuk kita,” jelasnya mengenai pemergian maestro skuad kebangsaan itu.

Setakat ini, Perak belum melengkapkan senarai penuh pemain untuk musim baharu dan juga tidak kelihatan kelibat pemain-pemain baharu selain pemain daripada skuad Piala Presiden.

Mungkin sedikit menggusarkan dengan situasi terkini itu namun, Perak dijangkakan akan beraksi dalam beberapa perlawanan pemanas badan di Singapura dalam masa terdekat.

“Kita akan ke Singapura untuk beberapa aksi persahabatan dan diharapkan kita sudah melengkapkan senarai pemain musim baharu pada ketika itu,” ujarnya mengenai persediaan mereka selepas ini.

semuanyabola

Mehmed Durakovic turut meluahkan harapannya agar para penyokong mempamerkan sokongan sebagaimana musim lalu untuk membantu mereka mengapai sesuatu pada musim hadapan.

“Jadi, kami akan cuba memenangi sesuatu untuk mereka. pihak pengurusan dan negeri. Diharapkan kami dapat mencapai semua ini dengan sokongan mereka. ” tambah pengendali berusia 54 tahun itu lagi.