“Apa-apapun, lawan tetap lawan. Nanti kita jumpa”

“Terima kasih TMJ, untuk nasihat. Amat menghargainya tetapi perkara ini akan diselesaikan secara dalaman dengan cara oleh MUSA.

“Apa-apapun, lawan tetap lawan. Nanti kita jumpa di padang JDT pada 13.5.2020.”

Demikianlah muat naik di laman Facebook peribadi Presiden Bola Sepak Melaka (MUSA), Damian Yeo pada hari ini, dipercayai ditujukan khas kepada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor (TMJ).

Bersama dengan kenyataan tersebut, Damian turut menyatakan kekaguman beliau terhadap Baginda yang mengubah wajah bola sepak Malaysia.

Thanks TMJ, for the advice, appreciate much but we will certainly settle the issue internally the MUSA way. Anyway,…

Posted by Damian Yeo on Wednesday, January 8, 2020

Kenyataan dari Damian ini dipercayai susulan satu paparan cerita di laman Instagram TMJ semalam yang menasihatkan Presiden MUSA itu untuk bertenang, dan membayar sahaja gaji Shukor Adan bersama Melaka United pada musim lalu yang masih tertunggak.

Sebelum ini Shukor Adan disahkan telah memfailkan afidavit kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menuntut gaji beliau daripada pihak pengurusan MUSA.

indakan oleh Shukor itu bagaimanapun tidak disambut baik oleh Damian yang membalas dengan ciapan yang dianggap kontroversi.

Damian mempunyai penjelasan beliau tersendiri mengenai isu tunggakan gaji ini, dan menganggap tindakan pemain berusia 40 tahun itu sebagai tidak adil.

“Kena faham, bukan kita tak mahu bayar, tetapi ia mengambil masa,” kata Damian kepada Melaka Kini sebelum ini.

“Pelbagai kata diberikan kepada saya termasuk hanya ‘bising’ di media sosial, ‘so what’?

sumber: semuanyabola

“Kamu hanya Shukor Adan yang dah berumur 40 tahun, anak Melaka tetapi bila umur hampir mencecah 40 tahun baru datang ke Melaka, ia tidak adil,” katanya.

Damian yang mengakui dirinya beremosi mengenai perkara ini turut mendedahkan perancangan Melaka United untuk membawa masuk pemain import turut terjejas.