angkat kaki, kedudukan belum pasti

Peny3r4ng kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membuat keputusan meng4ngkat kaki men!nggalkan pasukan Pahang setelah pihak pengurusan tidak menyambung kontraknya.

Selain Norshahrul atau Mat Yo, turut dilaporkan oleh Berita Harian adalah peny3rang import dari Namibia, Lazarus Kaimbi mendapat nasib yang sama dilepaskan oleh skuad Tok Gajah.

Manakala seorang lagi peny3rang, Dickson Nwakaeme dan pert4hanan tinggi lampai, Herold Goulon masih tidak diketahui statusnya samada kekal menyarung jersi Kuning Biru ataupun tidak.

Laporan yang sama turut mend3dahkan Pahang bakal merekrut pemain-pemain baharu bagi menggantikan pemain-pemain yang dilepaskan sekaligus menguatkan lagi pasukan tersebut untuk mencabar kejuaraan saingan Liga Malaysia 2020.

“Pahang kini dalam proses pembentukan pasukan termasuk berusaha menyenaraikan pemain baru untuk memberi saingan kepada lawan.

“Segalanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat termasuk pemain import selepas tiga daripada lima import tidak lagi bersama Pahang musim depan,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.

Sementara itu, Pahang telah mengesahkan mengekalkan khidmat Matt Davies, Nor Azam Azih, Mohamadou Sumareh, Muslim Ahmad, Helmi Eliza, Faisal Halim, Zuhair Aizat dan Bunyamin Omar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.