Angan-angan atau cita-cita?

Ketika masih menyarung jersi ketiga pasukan dengan tona warna hijau muda generasi baharu, Karim Benzema melafazkan keazaman untuk membawa Real Madrid menjulang kejuaraan La Liga musim ini.

Sudah lama pemain-pemain Los Blancos tidak berpeluang mengucup dan menjulang trofi La Liga – kali terakhir pada musim 2016/2017 – tetapi ketika itu semua tumpuan terarah kepada Cristiano Ronaldo.

Kini selepas aura bintang Portugal itu semakin serasi di saingan Serie A bersama Juventus, sudah tiba masanya Benzema mendapat sinaran gemilang di Santiago Bernabeu.

Benzema kini mendahului senarai penjaring Real Madrid dengan hanya ketinggalan satu gol dibelakang penjaring terbanyak La Liga, Lionel Messi.

Kesungguhan Benzema dalam membantu pasukan mengutip mata dalam setiap perlawanan begitu jelas – dengan terbaharu, tetap memastikan gol penyamaan ke atas Valencia berjaya dihasilkan, walaupun tandukan luar biasa penjaga gol dengan ketinggian 2 meter, Thibaut Courtois dikawasan tuan rumah itu pada awalnya dinafikan.

Semuanya berhasil dari usaha tanpa henti Benzema sebagai kapten pasukan yang banyak menyalurkan semangat kepada rakan sepasukan sehingga minit-minit akhir permainan – melupakan segala kepayahan yang dilalui sepanjang musim ini.

Ia menyentuh perasaan pengurus, Zinedine Zidane tentang nilai perjuangan sepasukan yang bukan dibuat-buat dan mampu menjadi kekuatan dalam mengharungi pert4rungan ‘El Clasico’ menentang Barcelona pada Rabu.

Bagi Benzema pula, pert4rungan El Clasico boleh ditempuhi saban tahun, tetapi peluang untuk membawa Real Madrid menjulang kejuaraan La Liga buat kali ke-34 sebagai yang utama mungkin hanya kali ini sahaja.