Anak Ghafar Baba dipanggil polis kenyataan mengenai TMJ

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menerusi blognya bertajuk, ‘TMJ – Bod0h Somb0ng Yang Tak Boleh Diajar’.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Datuk Mohd Tamrin akan hadir ke Bukit Aman, kira-kira jam 11 pagi esok.

Difahamkan, Mohd Tamrin akan mengadakan sidang media sejurus selesai memberi keterangan.

Menerusi blognya, anak Allahyarham Abdul Ghafar antara lain mendakwa, beliau akan bertanggungjawab terhadap kenyataan dibuat dan bersedia diambil tind@kan mengikut undang-undang.