Amri Yahyah Bakal Jadi “Game Changer”

Pasukan Selangor bakal bertemu Sarawak United pada perlawanan pusingan kedua saingan Piala FA musim 2020.

Pada sesi undian yang berlangsung di Kota Damansara sebentar tadi, Selangor bakal menjadi tuan rumah kepada Sarawak United yang diperkuatkan oleh bekas pemain skuad kebangsaan, Amri Yahyah.

Setelah berpisah dengan Selangor pada akhir musim lalu, Amri dikaitkan dengan beberapa pasukan seperti Perak dan Kelantan sebelum memutuskan untuk menyertai Sarawak United bagi menghadapi saingan musim 2020.

Amri membangkitkan amarah penyokong Selangor dimana beliau membuat kenyataan yang mengatakan mana-mana pasukan yang akan disertainya musim ini, Selangor tidak akan berjaya meraih kemenangan.

Satu lagi perlawanan tumpuan ialah juara bertahan, Kedah akan melayan kunjungan juara edisi 2017, pasukan Pahang.