Amin Tidak Sabar membantu Pasukan Kedah Meraih Kejuaraa

Revolusi 2020 Kedah nampak seperti sudah lengkap.

Pada minggu lalu, mereka telah melengkapkan kuota import mereka dengan membawa masuk pemain skuad kebangsaan Filipina, Amin Adam Nazari, yang mengisi kuota import Asia mereka.

Bagi Amin, dia sudah tidak sabar mahu membantu pasukan barunya untuk cuba meraih kejuaraan pada musim hadapan. Kedah akan memulakan musim lebih awal berbanding musim lain dengan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia akan bermula pada 21 Januari ini dengan menentang kelab Hong Kong, Tai Po di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

“Sebelum sampai ke Kedah, saya sudah mengetahui mengenai perkembangan pasukan ini dan bekas rakan sepasukan di skuad kebangsaan, Alvaro Silva sudah berkongsi pengalamannya bersama Kedah.

“Saya teruja untuk bersama Kedah yang merupakan antara pesaing utama Liga Malaysia..mereka juga sudah memenangi Piala FA musim ini.

“Saya bersemangat untuk mencapai kejayaan bersama pasukan ini musim hadapan. Saya tidak sabar untuk berlatih di bawah tunjuk ajar Aidil Sharin,” kata Amin seperti dilaporkan The Star.

Untuk musim 2020, Kedah telah melakukan peningkatan terhadap pasukan dengan membawa masuk beberapa pemain ternama untuk memperkuat pasukan. Antara pemain yang dibawa masuk oleh Kedah, Hadin Azman, Irfan Zakaria, Shahril Sha’ari, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Pada musim lalu, Kedah berjaya merangkul Piala FA yang membolehkan mereka beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara 2020, tempat keempat Liga Super 2019 dan mara ke Piala Malaysia 2019.