Akhyar Tukar Kerjaya ?

KUALA LUMPUR: Sekalipun tidak turun ke padang susulan pand3mik C0VID-19, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid tetap ‘l!ncah’ di luar padang.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan kerajaan tampak memberi rezeki daripada sudut lain buat pemain berusia 20 tahun itu apabila bijak memanfaatkan tempoh ini secara berniaga dalam talian.

Pelbagai koleksi pakaian dengan logo sendiri menjadi taruhan pemain muda itu antaranya baju T, ‘hoodie’ dan kurta yang mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.

Lebih menarik, dia turut menjadi model menggayakan kurtanya itu.

Terbaru, pemain kebangsaan itu memberi ‘buah tangan’ kepada peminatnya apabila mengumumkan potongan harga kepada koleksi kurtanya seperti diumumkan di laman Instagramnya, kelmarin.

“Sempena PKP dilanjutkan, BOSS19 akan bagi discount (diskaun) bermula 10 April April hingga 17 April. Harga asal RM150. Harga setelah diskaun RM130.

“Koleksi tahun ni (ini) kita bagi 6 pilihan warna untuk korang, bersertakan kod nombor bagi setiap warna untuk memudahkan urusan pembelian.

“Kurta Akhyar Rashid adalah ‘pre order’ dan stok terhad,” katanya.

Sempena PKP dilanjutkan, BOSS19 akan bagi discount bermula 10 april hingga 17 april.-Harga asal RM150. Harga setelah…

Posted by Akhyar Rashid official on Friday, 10 April 2020