Akhyar Rashid diintai pasukan luar negara?

Nampaknya pemain-pemain JDT mula menjadi rebutan pasukan-pasukan di luar negara.

Kualiti pemain yang dihasilkan oleh juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’azim (JDT) memang tidak boleh dipertikai. Jika dulu banyak pasukan tempatan yang cuba mengintai pemain Harimau Selatan, kini pemain-pemain mereka juga mula mencvri perhatian pasukan antarabangsa.

Itulah antara apa yang diperkatakan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sesi ‘No Holds Barred’ yang disiarkan secara langsung di laman media sosial JDT, Johor Southern Tigers, semalam.

“Sekarang kami ada ramai pemain muda yang akan dinaikkan. Kita ada ramai pemain AMD yang bermain di JDT II, dan saya harap mereka boleh dinaikkan ke pasukan utama. Kita juga ada beberapa pemain yang kelab FC Zurich dari Switzerland berminat untuk pinjam, ada kelab dari Jepun juga menyatakan minat untuk meminjam seorang dua pemain, ada juga surat yang menyatakan mahu meminjam Akhyar Rashid. Tetapi kami belum membuat sebaran keputusan lagi dan kita kena berbincang dengan pemain tersebut.”

Menurut Tunku Ismail lagi, dia tidak menghalang mana-mana pemain untuk mencuba nasib di luar negara tetapi dia juga tidak mahu mereka membazirkan kerjaya mereka untuk beraksi di luar negara tetapi tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya kerana memilih pasukan yang salah.

“Bolasepak adalah satu perniagaan untuk kami. Tiada pemain yang akan kekal selamanya. Jadi jika ada mana-mana pemain mendapat peluang bermain di luar negara, berg@ntung pada kelab mana, kalau setakat kelab di divisyen dua dan awak masuk pasukan simpanan pun tidak dapat main setiap perlawanan, awak akan ros@kkan kerjaya awak dan lebih baik kekal di sini.

Di sini ada rotasi, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia termasuk Liga Juara-Juara Asia. Anda juga ada Piala Cabaran, jadi sentiasa ada perlawanan kompetetif. Jadi bagi saya, lebih baik kekal di sini untuk mendapatkan pendedahan.”

Dalam wawancara tersebut, Tunku Ismail juga menjelaskan mengenai kehadiran Liridon Krasniqi dalam sesi latihan pasukan. Menurutnya, JDT sedang membantu pemain itu mendapatkan kecergasan bagi mempersiapkannya untuk pasukan kebangsaan kelak. TMJ juga mahu penyokong Johor tidak mendengar sebarang spekulasi dan hanya mendengar pengumuman rasmi dari pasukan.