Akhirnya lengkap sudah pemain import Kedah.

Skuad Lang Merah akhirnya telah melengkapkan barisan pemain import mereka menjelang sepak mula Liga Super 2020.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mendapatkan pemain tengah Filipina, Amin Adam Lazarte Nazari untuk mengisi slot pemain Asia pada musim hadapan.

Amin Nazari melengkapkan lima kuota import Kedah bersama pemain sedia ada bersama dua pemain pertah4nan Shakir Hamzah dan Renan Alves, serta dua peny3rang berbisa, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Amin Nazari memulakan kerjayanya sebagai pemain bolasepak bersama kelab lama Zlatan Ibrahimovic, Malmo di Liga Sweden pada tahun 2011. Dia kemudian dipinjamkan ke kelab Assyriska FF di Liga Sweden dan Fredrikstad di Liga Norway. Dia kemudiannya kembali ke Liga Sweden dengan menyertai Falkenbergs FF sebelum berhijrah pula ke Liga Finland bersama IFK Mariehamn. IFK Mariehamn merupakan kelab terakhirnya di Eropah sebelum dia menyertai Ratchaburi Mitr Pohl di Liga Thailand pada musim lalu.

#welcomeaminSelamat datang Amin Adam Lazarte Nazari ke Darul Aman!Puzzle terakhir pemain import pasukan Liga Super Kedah.

Posted by FA Kedah on Friday, December 13, 2019

Amin yang lahir di Malmo, Sweden pernah beraksi bersama skuad bawah 17, 19 dan 21 tahun Sweden sebelum ini. Tetapi disebabkan dia juga mempunyai ibu bapa yang berasal dari Iran dan Filipina, dia kini beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina bermula pada tahun lalu.

Pemain berusia 26 tahun ini mempunyai seorang abang, iaitu Omid Nazari yang kini beraksi bersama kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.

Pastinya penyokong Kedah tidak sabar untuk melihat aksi Amin di bahagian tengah pasukan serta berharap dia dapat membantu dua peny3rang mereka di hadapan untuk terus menc4bar kejuaraan pada musim 2020 nanti.