Kedah Tidak Menghadapi Masalah

Setelah mengharungi empat perlawanan, akhirnya Kedah berhasil meraih kemenangan sulung saingan CIMB Liga Super 2020 setelah menewaskan Selangor di Stadium Darul Aman, hari ini.

Walaupun beraksi tanpa penyokong, Kedah tidak menghadapi masalah untuk tampil penuh keyakinan dan beraksi cemerlang hampir 90 minit permainan.

Kemenangan 2-0 anak buah Aidil Sharin Sahak ke atas Selangor itu disumbangkan oleh tandukan pertahanan Renan Alves pada minit ke-25 dan satu ‘tapping’ mudah oleh Kpah Sherman pada minit ke-44 di dalam kotak penalti.

Bagi pasukan pelawat, percaturan mereka serba tidak menjadi samada semasa bertahan mahupun semasa melancarkan ser@ngan ke arah gawang lawan tidak kira pada babak pertama mahupun babak kedua.

Ini termasuk perubahan yang dilakukan oleh B. Satiananthan dengan memasukkan Rufino Segovia, Safuwan Baharudin dan A. Namathevan sepanjang babak kedua untuk mengejar kedudukan Kedah.

Kemenangan ini memberikan tiga mata pertama buat Kedah untuk musim ini. Tiga perlawanan sebelum ini, mereka tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC serta hanya seri dengan UITM FC.

Manakala bagi pasukan pelawat, ia merupakan kekalahan pertama mereka musim 2020 selepas cemerlang menundukkan Pahang dan mengikat Perak dan Terengganu FC dalam tiga perlawanan awal sebelum ini.