Akhirnya Hadi Fayyadh kembali

Kuala Lumpur: P3ny3rang muda negara di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak terus menunjukkan tanda positif untuk kembali semula beraksi dalam tempoh terdekat apabila proses pemulihan kec3der@an anterior cruciate ligament (ACL) di kaki kanannya semakin pulih.

Menerusi temubual bersama bekas peny3rang negara, Safee Sali di laman sosial semalam, Hadi mengakui dirinya sudah mula berlari dan tidak sabar untuk menyepak bola semula.

Katanya, dia sudah tidak sabar untuk kembali bermain dengan kelab, Azul Claro Numazu dalam saingan divisyen tiga Jepun itu selepas dipinjamkan selama semusim oleh kelab asalnya iaitu Fagiano Okayama awal musim ini.

“Alhamdulillah perkembangan sudah baik. Saya pun sudah mula joging dan mula boleh joging laju sikit. Hanya masa yang boleh pulihkan saya punya lutut sekarang ini.

“Saya sudah tiga bulan duduk di Okayama di mana saya buat proses pemulihan tiga bulan di Okayama, dan sekarang ini dua hari saya di Nomazu dan bersama pasukan saya,” katanya yang melakukan pembedahan ACL di Hospital Okayama, April lalu.

Terdahulu, Fagiano Okayama yang bersaing di divisyen dua meminjamkan Hadi ke Claro Numazu bagi membolehkan dia meraih minit permainan yang lebih banyak dalam Liga Jepun.

Hadi, 21, mengalami kec3der@an itu ketika aksi pramusim bersama Claro Numazu yang menyaksikan dia terlepas untuk melakukan debut pertama dengan kelabnya itu.

Perkembangan terkini Hadi itu sememangnya mengejutkan kerana kebiasaannya seorang atlet yang mengalami ACL memerlukan tempoh pemulihan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum boleh kembali berlari, namun peny3rang muda negara itu hanya memerlukan tiga bulan.

Jelas bekas pemain Johor Darul Ta’zim II itu, dia beruntung kerana dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang cukup positif.

“Macam awal dulu masa kena, memang jujur saya rasa sangat down. Benda ini (ACL) tak ada siapa sangka dan bukan mudah, jadi saya cuba dekatkan diri saya dengan orang-orang yang positif yang beri saya kata-kata semangat.

“Lepas pembedahan itu baru kita tahu bukan senang nak hadapi ACL ini. Saya harap ini yang pertama dan terakhir (kec3der@an ACL),” katanya.