Akhirnya Dollah Salleh ‘buka mulut’

Tatkala pasukan lain seperti Selangor, Kedah dan Terengganu FC begitu aktif di pasaran pemain dan hampir kesemua pemain-pemain mereka telah pulang ke pangkuan pasukan masing-masing untuk memulakan sesi latihan pramusim, pasukan Pahang kekal ‘m1steri’ mengenai persiapan mereka menjelang saingan musim baharu, Liga Malaysia 2020.

Bagaimanapun menurut laporan The Star, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh akhirnya buka mulut mengenai persiapan mereka menjelang se pak mula Liga Super pada 28 februari kelak.

Mengakui beberapa tonggak utama kalangan pemain import dan tempatan telah dilepaskan oleh skuad Tok Gajah, jurulatih berusia 56 tahun itu tidak gusar kerana Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bakal membawa pemain lebih berkualiti untuk beraksi di posisi-posisi tersebut.

“Kami telah lepaskan beberapa pemain tetapi pemain-pemain ini (yang dilepaskan) merupakan posisi yang kami rasakan perlukan peningkatan… Saya merasakan kami sukar untuk mendapatkan pengganti bagi pemain seperti Safuwan dan Kaimbi tetapi untuk posisi lain kami mempunyai pilihan,”

Antara pemain-pemain yang dilepaskan selain daripada dinyatakan oleh Dollah ialah Saddil Ramdani, Wan Zaharulnizam, Norshahrul Idlan Talaha, Zubir Azmi, R. Kogileswaran dan beberapa lagi.

Disebalik pelepasan beramai-ramai pemain tonggak, Pahang masih mengekalkan tonggak skuad kebangsaan bersama pasukan mereka. Dollah juga memberi bayangan untuk menaikkan pangkat kepada beberapa pemain muda ke dalam skuad senior.

Bekas jurulatih skuad Harimau Malaya ini dilihat bakal membina skuad baharu berpaksikan tiga pemain ini bersama-sama pemain-pemain muda dan baharu kelak.

“Kami masih mempunyai pemain seperti Matthew (Davies), Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih yang merupakan pemain skuad kebangsaan… Kami juga mempunyai beberapa pemain muda yang mencur1 tumpuan pada musim lalu.”

“Sukar untuk membina kembali pasukan tetapi kami telah memulakan proses itu sekarang supaya kami boleh menjadi lebih baik pada masa depan,” ujar Dollah seperti dipetik daripada The Star.

Bercakap mengenai pemain import, pertahanan tinggi lampai yang cemerlang bersama Tok Gajah musim lepas, Herold Goulon menjadi satu-satunya pemain import yang disahkan kekal bersama Pahang untuk musim ini.

Empat kuota pemain import Pahang masih kosong sehingga ke hari ini. Status penye rang prolifik mereka, Dickson Nwakaeme masih menjadi tanda tanya walaupun pemain Nigeria itu memberi bayangan untuk kekal sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

Bagaimanapun, Dollah menegaskan Pahang sedikit berhati-hati dalam membuat keputusan untuk merekrut  pemain-pemain import bagi musim 2020.

Pengalaman sejak dua musim lalu dijadikan pengajaran berguna buat Pahang apabila beberapa pemain import mereka seperti Chan Vathanaka dan Ze Love gagal mencapai tahap yang dijangkakan sekaligus menyebabkan terpaksa mencari pengganti pada jendela perpindahan pertengahan musim. 

”Musim hanya akan bermula pada 28 Februari, jadi kami mempunyai dua bulan untuk melakukan persiapan. Saya tidak mahu menandatangani pemain secara tergesa-gesa dan kemudiannya menyesal terutamanya (melibatkan) pemain import. Kemudiannya terpaksa lagi mengeluarkan perbelanjaan untuk menukar pemain pada jendela perpindahan kedua.” tambahnya lagi.