Akhirnya Benjamin Mora MendedahKan Perkara Sebenar

Jurulatih JDT, Benjamin Mora dilihat sukar untuk memberikan penjelasan mengapa pasukannya mengambil masa yang agak lama untuk menjaringkan gol, meskipun dibarisi pemain berkualiti.

Ini selepas juara bertahan Liga Super itu menang tipis 1-0 ke atas PDRM.

“Beberapa pemain baharu masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan corak permainan,” katanya kepada Bernama.

“Liridon Krasniqi, Natxo Insa dan Fadhli Shas tidak bermain dalam perlawanan yang kompetitif dalam tempoh yang agak lama, tapi ini bukan satu alasan.

“Terdapat banyak situasi yang dihadapi JDT.

“Salah satunya ialah pihak lawan cuba mengkaji cara permainan pemain JDT.

“Mereka sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding kebiasaan.

“Ia perkara normal kerana JDT pasukan juara dan mahu ditewaskan.”

Jurulatih PDRM, Ishak Kunju bangga dengan prestasi pemainnya meskipun tewas di saat akhir.

“Dalam bola sepak, kesilapan akan berlaku, terutama ketika di penghujung permainan,” kata ketua jurulatih PDRM, Ishak Kunju.

sumber: football-tribe

“Apabila anda kepenatan, anda mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesilapan.

“Secara keseluruhan, saya amat gembira dengan prestasi pemain.

“Mereka telah memberikan segala-galanya dan berjuang untuk bersaing dengan JDT.”