Akan Terus Hubungi JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menolak kemungkinan dakwaan kelab luar negara berminat untuk mendapatkan beberapa pemain skuad JDT sebagai cerita dongeng.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan, hari ini menjelaskan sehingga kini belum ada mana-mana kelab dari luar negara yang menghubungi pihaknya mengenai dakwaan itu.

Jika ada kelab luar negara yang berminat dengan mana-mana pemain JDT, orang pertama yang akan tahu mengenainya adalah saya sebagai pengarah teknikal atau Martin Prest selaku pengarah sukan.

Mereka akan menghubungi JDT. Jikalau tiada sebarang komunikasi tetapi terdapat mana-mana ejen tempatan yang mendakwa ada minat dari luar negara, ia adalah hanya dua perkara.

Sama ada cerita itu adalah cerita dongeng atau pun ejen berkenaan hendak membuat duit. Sekiranya perkara itu adalah benar, kelab itu atau pun ejen luar negara yang dilantik oleh mereka akan menghubungi kami sendiri.

Kami mempunyai pengalaman dalam the business of football dimana kami adalah satu-satunya kelab dalam negara yang menjual pemain. Contohnya kami menjual Juan Martin Lucero sebanyak AS$2.5 juta (kira-kira RM10.7 juta), katanya.

Sumber : BH

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa beberapa kelab dari Eropah yang berminat dengan pemain JDT termasuk Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syamer Kutty Abba.