Akan Dijual

Sebelum ini mungkin ramai diantara peminat bola sepak di Malaysia tertanya-tanya bagaimana dan bila mereka boleh dapatkan jersi kelab BG Pathum United dengan nameset Norshahrul Idlan Talaha.

Sebentar tadi, kelab yang berpangkalan di Bangkok itu baru sahaja mengumumkan secara rasmi jersi kelab dengan nameset Norshahrul Idlan Talaha akan dibuka jualan mulai 9 Mac 2020 melalui laman web ARI Football Store.

Berdasarkan kunjungan kami ke laman web tersebut, harga jersi ‘kosong’ BG Pathum United adalah THB1,100 atau RM146, dan jika beserta dengan nameset Norshahrul 99 pula tambahan THB250 dikenakan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah THB1350 atau RM179.

Bagi caj penghantaran antarabangsa pula, ARI Football akan menggunakan khidmat DHL dimana mengikut apa yang kami telah cuba THB836 akan dikenakan dan penghantaran akan mengambil masa 2 hingga 4 hari ke Malaysia. Berat maksimum adalah 1.5kg.

Jumlah keseluruhan kos untuk mendapatkan jersi dengan nameset Norshahrul Idlan Talaha ini dianggarkan sekitar THB2186 atau RM290 jika penghantaran secara individu bagi sehelai jersi. Mungkin boleh kumpul dulu tempahan mengikut berat maksimum dan sedikit sebanyak boleh menjimatkan kos pengahantaran.

Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan patch Toyota Thai League, tambahan THB100 akan dikenakan, dan mejadikan kos sehelai jersi fullset THB1450 atau RM192 tidak termasuk kos penghantaran THB836/RM111.