akan dapat mencari pengganti setanding

Kapten Perak, Shahrul Saad menegaskan pasukan itu tidak akan menghabiskan masa menang!si perpindahan pemain tengah Brendan Gan sebaliknya akan dapat mencari pengganti setanding.

Brendan yang menjadi enjin tengah Perak selama dua musim, memilih untuk menyertai Selangor bagi musim 2020 pada ketika prestasinya sedang memuncak, justeru dianggap sebagai kehilangan besar buat kem Perak.

Bagi Shahrul, Perak tidak ketandusan pemain berkualiti dan dia percaya pemain muda jika diketengahkan dan diberi peluang yang wajar, berkemungkinan boleh menjadi lebih baik daripada Brendan sendiri.

“Brendan sudah menjadi kisah silam, kita berterima kasih atas sumbangan besar dia kepada pasukan tapi kini kita pandang ke depan. Pemain-pemain yang ada serta pemain muda boleh galas kekosongan ditinggalkan Brendan. Memang ia satu cabaran besar dan mereka perlu menyahut cab4ran itu.

“Saya tengok semangat dalam diri mereka cukup tinggi dan jika diberi peluang saya percaya mereka akan membuktikan, malah akan lebih menyerlah berbanding Brendan,” kata Shahrul.

Sebagai rekod, selain Brendan, Perak juga telah kehilangan khidmat seorang lagi pemain tengah Nasir Basharudin yang menyertai Terengganu FC, namun mereka masih mempunyai tiga pemain tengah iaitu Leandro Dos Santos, D.Kenny Palraj dan Khairil Anuar.

Mehmet Durakovic mungkin juga akan membawa masuk pemain baru sebelum musim bermula selain menyerap beberapa pemain berpotensi besar dari skuad Perak II dan Piala Presiden.