Aidil Sharin mengesahkan sudah menamatkan

pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak mengesahkan sudah menamatkan pencarian pemain import untuk slot Asia dan hanya menanti masa untuk diumumkan.

“Sudah dimuktamadkan. Tetapi kena tunggu pengumuman rasmi. Saya tidak boleh beritahu sekarang,” ujar Aidil Sharin ringkas.

Ketika sidang media tempohari, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Anas Hafiz Mustafa telah mengumumkan pengendali kelahiran Singapura itu sedang mengintai pemain import bagi posisi tengah untuk mengisi slot import Asia tersebut.

Tiga negara telah dinyatakan Aidil Sharin kepada pihak pengurusan ketika itu iaitu pemain yang berasal dari Tajikistan, Australia atau Jepun. Turut berlegar di media, kelibat Aidil Sharin di Jepun yang menguatkan kemungkinan pemain itu berasal dari Jepun.

Selepas pemergian Liridon Krasniqi, Kedah masih tercari-cari pemain tengah yang setara atau lebih hebat daripadanya. Tiada lagi pemain tempatan yang mampu mengisi kekosongan yang telah ditingg4lkan oleh Mat Don sepanjang ketiadaannya.

“Ciri-cirinya, dia adalah seorang jen3ral,” ujarnya mengenai pemain yang telah di!kat Kedah itu tetapi tidak mahu berkongsi bila pihak KFA akan mengumumkan secara rasmi. Dijangkakan, ianya pasti sebelum pertengahan bulan ini, kerana Helang Merah akan melalui beberapa siri aksi persahabatan dalam dan luar negara.

“Kita akan adakan dua perlawanan persahabatan dalam negara sebelum Jelajah Pra-Musim pada awal Januari,” jelasnya mengenai perancangannya dan belum ada keputusan tentang lokasi jelajah. Musim lalu, Kedah melalui aksi pra musim di Krabi, Thailand.

“Di atas kertas, pemain-pemain baharu ini memang mengu4tkan pasukan, tetapi masih terlalu awal untuk kita tahu kerana baru satu minggu kita berlatih bersama. Semua pemain bekerja keras.

“Kita harus kerja lebih keras untuk baiki kekurangan musim lepas,” tambahnya lagi mengenai impak kehadiran pemain baharu yang menurutnya adalah pilihannya sendiri dan bukanlah melalui sesi pemilihan ataupun dipilih oleh pihak KFA untuknya.