Agak Sukar Untuk Dijawab Oleh Dua Tonggak Skuad Pahang Mohamadou Sumareh dan Dickson Nwakaeme

SIAPA paling hensem dalam pasukan? Soalan boleh dikatakan agak sukar untuk dijawab oleh dua tonggak skuad Pahang Mohamadou Sumareh dan Dickson Nwakaeme ketika ditanya oleh pengacara dalam sebuah rancangan baru-baru ini.

Sesi temubual yang dimuatnaik menerusi laman Instagram Sumareh itu agak mencuit hati apabila mereka memberikan jawapan bahawa kedua-dua pemain berkenaan adalah paling kacak dalam skuad Pahang.

Namun, jawapan Nwakaeme atau yang mendapat jolokan orang besi lebih mencvri tumpuan kerana ketampanan seseorang itu adalah subjektif daripada sudut pandangan setiap individu.

Setiap individu mungkin dilihat berbeza kerana ada yang melihat ketampanan itu adalah pada ketinggian atau perut orang itu, katanya.

Video berdurasi dua minit 15 saat juga memaparkan kedua-dua pemain dengan Dickson memakai jubah dan topi secara berseloroh turut mengatakan rambut juga memainkan peranan walaupun seseorang itu botak.

Tengok dia (Dickson) bila dia tanggalkan topi kepalanya (botak)..alamak, kata Sumareh.

Video berkenaan yang dimuatnaik empat jam lalu sudah ditonton lebih 16,000 pelayar setakat ini.