Adakah Pahang membuat u-turn

Peny3rang import Pahang musim 2019, Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi dipercayai telah selamat tiba di bumi Malaysia sejak semalam.

Menerusi muat naik Instagram Story kedua-dua pemain, Dickson dan Kaimbi dilihat menghabiskan masa bersama dan berkongsi keberadaan mereka di Kuala Lumpur.

Keberadaan mereka di sini menguatkan lagi jangkaan para peminat terutamanya melibatkan Dickson Nwakaeme untuk terus kekal bersama skuad Tok Gajah pada saingan Liga Malaysia 2020.

Malah menerusi respon beliau kepada seorang penyokong Tok Gajah beberapa hari lalu, peny3rang berusia 33 tahun ini turut memberikan bayangan akan kembali menyertai skuad kendalian Dollah Salleh.

Bagaimanapun, kembalinya peny3rang Namibia iaitu Lazarus Kaimbi ke sini mengundang tanda tanya. Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah mengumumkan melepaskan khidmatnya pada penghujung musim lalu menerusi satu laporan media tempatan.

Antara pemain lain yang turut dimaklumkan dilepaskan Pahang pada ketika itu ialah Safuwan Baharudin, Saddil Ramdani dan peny3rang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Adakah Pahang membuat u-turn berkenaan Lazarus Kaimbi? Atau telah direkrut pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia? Sama-sama kita nantikan.