6 Pasukan Mungkin Lesen Ditarik Balik

FAM pernah menyatakan Lesen yang telah diberikan kepada pasukan Liga Malaysia boleh ditarik balik jika tidak melepasi penilaian ke atas 6 kriteria.

Kebanyakan pasukan, sangkut dekat dokumentasi kewangan.Ketika ini pasukan yg ada tunggakan gaji lampau dan/atau tunggakan gaji semasa : Kelantan, Melaka United, Sarawak, PDRM, Pulau Pinang, Felda United (mungkin ada lagi pasukan lain tetapi tidak sampai ke pengetahuan media).

Semua pasukan ini tiada bajet untuk bayar tunggakan, tapi ada bajet untuk musim baru. Apa jaminan nasib dialami pemain musim 2016, 2017, 2018 dan 2019, tidak akan dialami oleh pemain musim 2020.Pemain 2020 akan merayu dan mengemis gaji mereka dari skuad yang sedang siapkan pasukan untuk 2021, kitaran akan berterusan. Kalau anda rasa ECP akan bantu selesaikan masalah, anda silap.

Maka, berani atau tidak FAM atau MFL bertindak tegas menarik balik lesen. Atau ayat yang pernah diguna Kevin Ramalingam sejak 2016 : “Dengan menghalang mereka beraksi tidak akan membantu selesaikan masalah” akan kembali berkumandang?Kevin dulu berkata pasukan yang berhutang jika disekat daripada bermain mereka susah nak setelkan hutang, jadi kena bagi mereka bermain.

Sebabnya, Kevin beranggapan dengan bermain, pasukan akan dapat cari income (sponsor, gate collection, hak penyiaran) untuk setelkan hutang.

Jadi, jom kita tengok macam mana FAM dan MFL handle isu ini.

Foto : PDRM FA, Melaka United, Kelantan FA, Felda Utd