5 Pembelian Import Yang Paling Menguntungkan JDT

Faktor kejayaan Kelab Johor Darul Ta’zim juga ditambah dengan pembelian pemain import yang berkualiti. Sehingga 2020 kini , JDT telah mendapatkan khidmat kira-kira hampir 23 orang pemain import yang kebanyakkannya dari benua amerika latin.

Berikut merupakan antara 5 pembelian pemain import yang sangat berbaloi oleh pasukan JDT .

1) Marcos António Elias Santos

Marcos Antonio yang merupakan pemain kelahiran Brazil antara import yang paling lama bersama JDT . Bermula pada pertengahan tahun 2014 , beliau telah menabur bakti bersama skuad Harimau Selatan sehingga tahun 2018 sebelum mengumumkan untuk berehat dari arena bola sepak.

Berita kemasukkannya ke skuad ini pada awalnya telah menimbulkan sikap rag para peminat JDT selepas viral video mengenai aksi kesilapannya bersama kelab lamanya di Bundesliga.

Namun begitu beliau membalas kepercayaan pasukan dengan menjadi watak utama dengan rolenya sebagai “sweeper” sedikit sebanyak menampung kekurangan pemain pertahanan JDT dan mengampuhkan lagi pasukan .

Bersama JDT , beliau telah beraksi sebanyak 102 perlawanan dengan 11 jaringan berjaya dihasilkan dalam semua kejohanan . Beliau turut membantu JDT meraih 11 piala dan paling manis sudah pastilah Piala AFC pada musim 2015.

2) Jorge Pereyra Diaz

Diaz yang merupakan pemain kelahiran Argentina adalah nadi utama skuad harimau selatan setiap kali beraksi .Beliau beraksi bersama JDT pada musim 2014, 2015 sebelum ke kelab lamanya dan kembali pada musim 2016 . Pada awal musim 2018 dia kembali ke JDT namun ada isu besar sebelum dia pergi secara tiba-tiba seperti semua sedia maklum.

Beliau kelihatan terlalu gah di liga Malaysia dan pertahanan lawan kelihatan seolah-olah berhadapan Lionel Messi sehingga kerap melakukan kesilapan mudah untuk mengawal si Kepak ayam ini secara man-to- man marking.

Diaz beraksi sebagai no.10 yang membolehkan beliau begitu bebas di atas padang .Beliau begitu menjadi dan menguasai zon 14 iaitu kawasan hole atau between the line(Raja zon 14)

Bersama JDT dia berjaya mencipta 53 jaringan gol dan membantu JDT meraih 6 piala dalam semua pertandingan.

3) Luciano Figueroa

Pemain kelahiran Argentina yang beraksi sebagai Penyerang utama sudah pasti akan sentiasa diingati penyokong JDT . Bermula pada tahun 2014 beliau beraksi sehingga musim 2015 sebelum memutuskan untuk bersara dan kembali daripada perasaan pada tahun 2018 sehingga pertengahan musim sebelum dilantik menjadi pengurus pasukan.

Aksinya yang sangat menjadi diatas padang selalu menghantui pertahanan lawan . Sikap berpasukannya dapat dilihat apabila sering turun ke bahagian bawah untuk membantu pertahanan ketika di serangan pihak lawan . Gol ikonik beliau menerusi tandukan sudah pasti dirindui para peminat .Masih teringat gol pertamanya pada musim 2018 pada aksi piala sumbangsih menentang kedah menerusi tandukan hasil hantaran menarik Safiq Rahim yang sangat berkualiti.

Bersama JDT beliau berjaya membantu JDT meraih 5 piala dan merekodkan 42 jaringan dalam semua aksi yang disertai.

4) Gonzalo Cabrera

Cabrera adalah pemain kelahiran Argentina yang beraksi sebagai sayap kiri beraksi sangat cemerlang bersama skuad harimau selatan . Beliau mula menabur bakti dengan JDT bermula musim 2017 sehingga kini dan mendapat gelaran si kuda tari JDT oleh para peminatnya.

Hal ini dikatakan demikian kerana aksinya yang penuh dengan skill menarik dan kepantasannya ketika melakukan serangan balas .Kehebatannya dengan tenang membawa dan mengawal bola sekaligus sering mengancam pihak lawan dan sudah pasti akan ada yang berjaya menghasilkan gol. Beliau seorang yang sangat profesional dan jarang dilihat beliau terlibat dalam pertelingkahan .

Bersama JDT sehingga kini beliau telah beraksi sebanyak 90 perlawanan dan menjaringkan 38 gol untuk JDT yang merupakan rekod luar biasa untuk seseorang pemain melakukannya tanpa latihan dan kerja keras yang tinggi.

5) Juan Martin Lucero

Anak kelahiran Argentina ini mula beraksi dengan pasukan JDT pada musim 2015 dengan reputasi besar sebagai pengganti bekas penggempur utama JDT , Luciano Figueroa . Beliau memakai jersi keramat penyerang JDT iaitu 19.

Pada awal kehadirannya , Lucero kelihatan agak pasif kerana gagal menjaringkan gol pada 3 aksi pertama . Sudah mula keluar bait-bait rungutan penyokong ” Glory Hunter ” JDT mengenai prestasi yanh ditampilkan oleh Lucero .

Aksi JDT menentang Ayeyawady United pada saingan Grouo H Piala AFC 2016 ,Lucero mula menunjukkan aksi terbaiknya di atas padang .Walaupun bermaim sebagai pemain gantian di separuh masa kedua , beliau berjaya menjaringkan 2 gol sekaligus menunjukkan mengapa beliau dipercayai pengurusan JDT sebagai penyerang utama kelab.

Beliau pada mulanya dilihat beraksi sebagai no.10 namun kebijaksanaan Mario Gomez berjaya menukarkan Lucero kepada No.9 Tulen yang ditambah dengan penglibatan Diaz untuk membantu beliau. Beliau beraksi sebagai “target man ” statik di dalam kawasan penalti lawan untuk mencuri dan menyudahkan hantaran lawan dalam menjaringkan gol.

Bersama JDT pada musim 2016, beliau berjaya menjaringkan 27 gol dan membantu JDT meraih 3 piala . Beliau kemudiannya berpindah ke kelab Mexico selepas JDT mendapat tawaran tinggi untuk Lucero dari kelab Mexico itu .

Rumusan

Pada awal revolusi JDT , kelab ini berjaya mendapatkan khidmat pemain terkenal dan berkualiti .Siapa sangka pemain seperti Danial Guiza dan Pablo Aimar akan beraksi di Liga Malaysia khususnya bersama JDT . Itu adalah tindakan awal yang dilakukan JDT untuk menaikkan market value JDT di persada Asia dan dunia . Genius

Namun begitu bukan mudah untuk mengekalkan pemain seperti ini kerana memerlukan persafahaman yang baik antara pasukan dan pemain . Dengan bantuan scout yang bagus JDT mampu mencari pemain Import yang kurang dikenali namun memberi impak yang tinggi kepada pasukan .