2 Pemain Berstatus Bintang Bersama Striker Terbaik Negara

Bekas pemain pertahanan berstatus lagenda di Buriram United, Andres Tunez kini sah sebagai rakan sepasukan terbaru Mat Yo apabila secara rasmi diumumkan oleh BG Pathum United sebentar tadi.

Andres Tunez menjadi topik utama perbincangan dalam bola sepak Thailand beberapa hari lalu selepas diumumkan keluar dari Buriram United dan ramai yang tertanya-tanya serta spekulasi beliau akan menyertai kelab di ASEAN tersebar luas.

Namun, hari ini BG Pathum United secara rasmi memperkenalkan pemain itu dan dijangkakan BG Pathum United akan muncul sebagai calon panas untuk merebut 2 slot dalam saingan AFC Champions League 2021 nanti.

Andres Tunez pernah tampil sebanyak 221 kali untuk Buriram United sejak 2014 dan merangkul pelbagai kejuaraan seperti Juara Thai League (4 kali), Toyota League Cup (2 kali), FA Cup (2 kali), Kor Royal Cup (2 kali), Thailand Champions Cup (1 kali), Mekong Cup (1 kali) dan Premier Cup (1 kali).

Semalam, BG Pathum United juga telah mengumumkan ketibaan pemain tengah berpengaruh besar di SCG Muangthong United, Sarach Yooyen dengan yuran perpindahan yang dilaporkan sekitar RM4.1 juta.

Dengan kemasukan 2 pemain berstatus bintang ini, BG Pathum United dilihat begitu serius mahu mencabar kejuaraan Thai League 1 musim 2020 dan Mat Yo mungkin berpeluang besar untuk menjulang kejuaraan itu.